Hai, selamat datang ke blog saya. Ini adalah blog saya yang pertama. Di sini saya berkongsikan pandangan dan pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran saya dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia - Literasi. Saya merupakan orang baru di tapak baru ini. Oleh itu, sila bagi tunjuk ajar dan pandangan anda. Harap anda semua sudi untuk berkongsi pengalaman dan pendapat anda dan memberi komen di sini.

Tuesday 6 December 2011

PENGENALAN PROGRAM LINUS

 Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas) Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2009 telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dalam bahasa Malaysia dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikut pendidikan di sekolah rendah.
Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa masih ada murid sekolah rendah yang belum menguasai literasi. Ketidakupayaan murid untuk menguasai literasi dan numerasi    mungkin disebabkan mereka kurang peluang dan tiada pendedahan untuk menguasai kemahiran tersebut sebelum mengikuti pendidikan formal. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran merancang untuk mengatasi masalah tersebut melalui Program Literasi dan Numerasi ( Program LINUS).

No comments: