Hai, selamat datang ke blog saya. Ini adalah blog saya yang pertama. Di sini saya berkongsikan pandangan dan pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran saya dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia - Literasi. Saya merupakan orang baru di tapak baru ini. Oleh itu, sila bagi tunjuk ajar dan pandangan anda. Harap anda semua sudi untuk berkongsi pengalaman dan pendapat anda dan memberi komen di sini.

Tuesday 13 December 2011

Kemahiran Menulis

         Bagi kemahiran menulis, guru digalakkan memperkenalkan asas menulis melalui kaedah latih tubi. Guru dikehendaki melatih murid cara memegang pensel, melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah untuk membolehkan murid membentuk huruf. Guru juga disarankan melakukan pergerakan tangan seperti menguli doh, menggunting kertas mengikut garisan dan bentuk, melakar corak atau gambar dan mewarnakan gambar.

      
Grasping the Pencil Correctly: The Tripod Grip
Before we start, you will need:
A Groove pencil
A piece of paper or writing pad
Start by making a “gun” gesture
Allow pencil to rest on the bending middle finger and between the thumb and forefinger.
“Pincer” grip the pencil with thumb and forefinger
Allow the pencil to remain resting on the middle finger
The middle finger should curl slightly underneath the pencil to provide support.
Ensure both fingertips are about 1 inch away from the pencil lead tip – this allows your child to see his writing.
Tip: When you first start out, using thicker and shorter pencils i.e. Ferby will help your child learn to control the pencil better.

See also:

Keep it short and simple
Practise Makes Perfect
Rest and Relax

   Selepas itu, guru perlu melatih murid mengecam dan membiasakan diri mereka dengan bentuk huruf. Latihan mengecam dan mengenali huruf dijalankan secara berperingkat. Guru disaran memperkenalkan huruf melalui empat kumpulan bentuk huruf iaitu :

  a. Bentuk huruf yang ada tiang iaitu huruf  l, t , k, d, b, dan h.

  b. Bentuk huruf yang tiada tiang dan tiada kaki iaitu c, m, n, r dan s.
 c. bentuk huruf yang ada kaki iaitu huruf g , j , p, q dan y.
 d. Bentuk huruf yang jarang digunakan dalam Bahasa Melayu iaitu huruf f, v , w, x , x  dan z





Cara Menulis Huruf Kecil  :http://www.youtube.com/watch?v=-Rq6qk6ZhHs
Lagu ABC                 :http://www.youtube.com/watch?v=5XEN4vtH4Ic
Lagu ABC                 :http://www.youtube.com/watch?v=T_b5t-iwzRM&feature=related
Lagu suku kata        :http://www.youtube.com/watch?v=lsqQNLmz1xI


No comments: