Hai, selamat datang ke blog saya. Ini adalah blog saya yang pertama. Di sini saya berkongsikan pandangan dan pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran saya dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia - Literasi. Saya merupakan orang baru di tapak baru ini. Oleh itu, sila bagi tunjuk ajar dan pandangan anda. Harap anda semua sudi untuk berkongsi pengalaman dan pendapat anda dan memberi komen di sini.

Tuesday 13 December 2011

Kemahiran Menulis

         Bagi kemahiran menulis, guru digalakkan memperkenalkan asas menulis melalui kaedah latih tubi. Guru dikehendaki melatih murid cara memegang pensel, melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah untuk membolehkan murid membentuk huruf. Guru juga disarankan melakukan pergerakan tangan seperti menguli doh, menggunting kertas mengikut garisan dan bentuk, melakar corak atau gambar dan mewarnakan gambar.

      
Grasping the Pencil Correctly: The Tripod Grip
Before we start, you will need:
A Groove pencil
A piece of paper or writing pad
Start by making a “gun” gesture
Allow pencil to rest on the bending middle finger and between the thumb and forefinger.
“Pincer” grip the pencil with thumb and forefinger
Allow the pencil to remain resting on the middle finger
The middle finger should curl slightly underneath the pencil to provide support.
Ensure both fingertips are about 1 inch away from the pencil lead tip – this allows your child to see his writing.
Tip: When you first start out, using thicker and shorter pencils i.e. Ferby will help your child learn to control the pencil better.

See also:

Keep it short and simple
Practise Makes Perfect
Rest and Relax

   Selepas itu, guru perlu melatih murid mengecam dan membiasakan diri mereka dengan bentuk huruf. Latihan mengecam dan mengenali huruf dijalankan secara berperingkat. Guru disaran memperkenalkan huruf melalui empat kumpulan bentuk huruf iaitu :

  a. Bentuk huruf yang ada tiang iaitu huruf  l, t , k, d, b, dan h.

  b. Bentuk huruf yang tiada tiang dan tiada kaki iaitu c, m, n, r dan s.
 c. bentuk huruf yang ada kaki iaitu huruf g , j , p, q dan y.
 d. Bentuk huruf yang jarang digunakan dalam Bahasa Melayu iaitu huruf f, v , w, x , x  dan z





Cara Menulis Huruf Kecil  :http://www.youtube.com/watch?v=-Rq6qk6ZhHs
Lagu ABC                 :http://www.youtube.com/watch?v=5XEN4vtH4Ic
Lagu ABC                 :http://www.youtube.com/watch?v=T_b5t-iwzRM&feature=related
Lagu suku kata        :http://www.youtube.com/watch?v=lsqQNLmz1xI


Monday 12 December 2011

Belajar Suku Kata KVK

 Kata daftar KVK tahun satu ialah :
  bab  ,  bas  ,  beg  ,   bin   ,   bot   ,   cap   ,  cat   ,   dam   ,   dan   , 
  gam ,  gol   ,   jag   ,   jam  ,   jet    ,    jip     ,   jun   ,   jus     ,   kad   ,   
  kau  ,  lap   ,   Mac ,   pen  ,   pin   ,   pos   ,   rak  ,   ros     ,   roh    ,  
  sen  ,  teh   ,   tin    ,   van   ,   zip   ,    zat   .
Saya telah menggunakan cara nyanyian untuk mengajar suku kata KVK. Murid-murid menunjukkan minat yang tinggi ketika menyanyi. Saya telah menggunakan lagu ' Are You Sleeping ' untuk  mengajar kemahiran tersebut.

Contoh   : 
                    Lagu KVK (Lagu Are You Sleeping)

                    B  , A  , S ,  BAS  ,
                    B  , A  , S ,  BAS,
                    BAS  ,  BAS  ,  BAS  ,
                    BAS  ,  BAS  ,  BAS  ,
                    B  , A  , S ,  BAS  ,
                    B  , A  , S ,  BAS,
                    BAS  ,  BAS  ,  BAS    ,
                    BAS  ,  BAS  ,  BAS    .  




                    

Permainan Suku Kata

Pengajaran dan pembelajaran berbentuk permainan dapat membantu murid LINUS mempelajari sesuatu kemahiran dengan lebih berkesan. 

Saya telah membuat bahan bantu mengajar yang ringkas untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran suku kata. Di sini saya kongsikan pengalaman saya.

Kotak Huruf Vokal dan Konsonan

                                            Bahan dan Peralatan : 
                                                               - 2 buah kotak kecil
                                                               - 2 keping kertas warna
                                                               - marker pen
                                                               - gunting
                                                               - gam


Balutkan kotak kecil dengan kertas warna.







Kotak yang sudah siap dibalut.




Balutkan kotak kedua dengan kertas warna juga.




Tuliskan huruf vokal pada kotak pertama.




Tuliskan huruf Konsonan pada kotak yang kedua.




Kotak permainan sudah siap.




Cara Permainan :
Minta murid lambungkan kedua-dua kotak, kemudian gabungkan huruf vokal dan konsonan yang ditunjukkan menjadi suku kata dan bacakan suku kata tersebut. 








Tuesday 6 December 2011

OBJEKTIF PROGRAM LINUS

Objektif Program Literasi adalah memastikan murid berupaya :
i.                  mengenal dan menyebut abjad, mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii.               membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup, perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran;
iii.            membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung ‘dan’.

MATLAMAT PROGRAM LINUS

Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid yang mengikuti Program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dalam bahasa Malaysia dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti Program LINUS.

DEFINISI LITERASI

Literasi didefinisikan sebagai keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung ‘dan’ serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

PENGENALAN PROGRAM LINUS

 Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas) Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2009 telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dalam bahasa Malaysia dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikut pendidikan di sekolah rendah.
Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa masih ada murid sekolah rendah yang belum menguasai literasi. Ketidakupayaan murid untuk menguasai literasi dan numerasi    mungkin disebabkan mereka kurang peluang dan tiada pendedahan untuk menguasai kemahiran tersebut sebelum mengikuti pendidikan formal. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran merancang untuk mengatasi masalah tersebut melalui Program Literasi dan Numerasi ( Program LINUS).